Powered by Blogger.

Monday 1 September 2014

Jabatan Penjara akan ambil lebih 300 pegawai penjara baharu gred KX17, KX27 tahun ini

SIBU - Jabatan Penjara Malaysia sedang membuat pengambilan lebih 300 pegawai penjara gred KX17 dan KX27 baharu bagi mengisi kekosongan di institusi penjara seluruh negara pada tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Komisioner Jeneral Penjara (KJP), Datuk Seri Zulkifli
Omar berkata, daripada jumlah itu sebahagian besar pengambilan melibatkan
pegawai penjara gred KX17.
"Sekarang temuduga pengambilan sedang berjalan. Mereka akan menjalani
latihan sebaik sahaja proses pengambilan selesai", katanya kepada pemberita pada Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Anugerah Pelajar Cemerlang Anak Pegawai Jabatan peringkat zon Sarawak di sini.
Pegawai baharu tersebut, katanya akan ditempatkan di institusi penjara di seluruh negara sebaik sahaja selesai menjalani latihan. - bernama
Publisher: admin - 11:43
 

 

Our Leading Clients

Awesome people who trust us